BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ilovehimsomuchhh (:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 Mac 2011

mampukah aku ?


Setelah kamu memberi

banyak pengharapan kepada seseorang,

setelah dia mula menyayangi kamu, maka

hendaklah kamu menjaga hatinya.

Jangan sesekali terus meninggalkan begitu

sahaja, sebab dia akan terluka oleh

kenangan bersama kamu dan mungkin

tidak dapat melupakan segalanya selagi

dia mengingati kamu.

Sebab itu, apabila kamu merelakan hati

kamu untuk bercinta, seriuslah dalam

tindakan dan keputusan kamu itu sebab

jika kamu hanya main-main, akan ada

pihak yang menangis.

Alangkah sakitnya

hidup bersama hati yang terluka kerana

mengingati seseorang.

Kamu kena faham, cinta pertama kamu

akan kekal bersama kamu sehingga ke

akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar

foto yang kamu ambil dan kamu simpan

dalam album. Ia kekal di situ meskipun

ada banyak lagi gambar yang kamu ambil

dan letakkan di atasnya.

Cinta adalah fitrah manusia. Tuhan

menjadikan cinta untuk memberi

kebahagiaan kepada hamba-hambaNya

menjalani hidup mereka, tapi tahukah

kamu, lebih ramai orang menderita

kerana cinta daripada yang berbahagia

kerana cinta? Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta, peliharalah

hatinya dan rencahilah cinta kamu

dengan kejujuran, kesucian dan

keikhlasan serta dasarkan cinta kamu

itu kerana ALLAH TAALA. Hanya cinta

begini akan kekal, selainnya pasti

menempuh jalan berliku dan akhirnya

menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia

untuk berlaku jujur, jangan bercinta

dahulu. Jika belum bersedia untuk

setia jangan cuba-cuba untuk memberi

hati kepada orang lain. Perbuatan yang

begini akan hanya menghabiskan masa

dan membazirkan air mata.



emm . mdalam sungguh ayat neh . renung2 kan larhhh dan selamat beramal . hee :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan